Home » » Blog | Selamat Tinggal Kuala Lumpur

Blog | Selamat Tinggal Kuala Lumpur

Salam 1 Malaysia untuk semua Wanes sangat gembira kerana dapat menjelajah Kuala Lumpur. Walaupun hati berat untuk meninggalkan Kuala Lumpur hari ini 18/9 tapi apakan daya Wanes harus kembali ke Sabah hari ini juga.


Sebenarnya ini bukanlah kali pertama Wanes datang ke Kuala Lumpur. Kali pertama pada 2001. Setakat ini sudah 5 kali Wanes jelajah Kuala Lumpur namun masih banyak tempat yang belum sempat dijelajah. Kota Tinggi Johor telahpun Wanes jelajah semasa inventori burung bersama PERHILITAN. Zoo Negara juga merupakan tempat Wanes Workshop selama 2 minggu b eberapa tahun lalu. Hujung tahun lalu juga Wanes telah konvokasion di PWTC. Kali ini pula hanya ada sedikit perbincangan dengan Japan International Cooperation Agency (JICA). Untuk akan datang belum pasti lagilah bila dapat jelajah Kuala Lumpur.

Wanes sungguh tertarik dengan perubahan demi perubahan yang tumbuh bagaikan cendawan di Kuala Lumpur. Dengan jalan raya yang baik dan teratur lebih memudahkan perjalanan. Ditambah pula dengan baner kemerdekaan yang besar-besar diselit dengan potret Perdana Menteri kita. Wanes bertolak jam 10.00 pagi dari Capital Hotel Bukit Bintang hari ini dengan menaiki Teksi ke KLIA. Pemandunya ialah Mr. Zali menggunakan Saga Baru HWD 4361. Dalam perjalanan Wanes tidak terasa lama kerana baliau sangat ramah dan mesra untuk bercerita. "Semoga kita bertemu lagi". Ucapan Wanes sebelum kami berpisah.

Wanes terbang dengan MAS MH 086. Selama 2 jam 30 minit berada di udara. Wanes sempat menjamah makanan dan meminum 7up semasa dalam perjalanan.

Wanes memandu Wira dari Kota Kinabalu untuk balik ke Poring Hot Spring. Tepat jam 6.10 minit petang Wanes sudah sampai. Jika di sini sudah gelap ketika ini tapi di Kuala Lumpur Masih siang. Suasananya lebih kurang 2 jam perbezaan di Sabah dan Kuala Lumpur. Sabah lebih cepat siang pada waktu pagi tetapi cepat pula gelap pada waktu petang. Okeylah "Selamat Tinggal Kuala Lumpur" dan "Selamat Datang Sabah" untuk Wanes. Ahaks! Lepas ni jelajah mana ye? Tunggu dan lihat!!

p.s Benarlah kata pepatah jauh berjalan luas pemandangan...

Layan Iklan Ye!

Anak kapal brief pasal keselamatan


Baru saja berlepas dari KLIA

Katak di Bukit Bintang (belakanang Hotel Capital)

Kura-Kura untuk dimasak ( Restoran Cina Bukit Bintang )

Mula-mula di beri minuman (Rakan minta Nescafe, Wanes minta 7Up)

Nasi Ayam Masak Merah

Ini yang pertama kali Wanes memakannya seumur hidup ( ikan mentah ni )


Awan yang kita nampak sebenarnya di bawah kapal terbang

! Iklan Tamat !

"Jumpa Lagi"










0 comments:

Post a Comment