Home » » Blog | Terima Kasih Streamyx

Blog | Terima Kasih Streamyx

Salam 1 Malaysia untuk semua rakan2. Entri kali ini saya ingin mengucapkan berbanyak2 terima kasih kepada streamyx.


Sebelum itu wanes mohon maaf kepada kengkawan yang dah tertunggu-tunggu kunjungan balas wanes pada jejak di cbox wanes. Sebenarnya wanes mengalami kerosakan modem streamyx setelah di timpa guruh dan kilat yang sangat kuat pada petang 29/09/2010. Terus black out line streamyx. Fikiran pun bercelaru lepas tu. Wanes sms kepada orang yang pasang streamyx dulu, tak ada jawapan.

Apa2 pun tetiba malam semalam orang tu jawab sms wanes dan janji nak datang periksa modem wanes pagi ni. Wah! lega bila pagi ni betul2 dia datang sebagai wakil Streamyx. Dia kata modem tu dah tak boleh pakai lagi dan terus ganti baru. Alamak! mau tak mau terpaksa ganti dan melayang RM. Tapi tak apa la, yang penting wanes dapat menjejaki semula kengkawan yang dah lama tinggalkan jejak kat blog wanes. So, Terima Kasih yerk Streamyx.

Okey la, sampai disini dulu borak2 untuk kali ni. Tak lupa ucapan terima kasih kepada google atas pic2 kat atas dan jumpa lagi di entri akan datang yerk!...

p.s kalau ada tanda2 nak datang kilat, cepat2 la off suiz modem kengkawan yerk!

2 comments:

  1. bgus la tu line dh on semula...

    happy blogging.. ;)

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    29 OGOS YANG LEPAS

    ReplyDelete
  2. Hai nabila, tq ats support awak..Semoga nabila success..:)

    ReplyDelete