Home » , » Blog | Zoom Japan

Blog | Zoom Japan

Salam 1 Malaysia untuk semua, seperti sewajarnya mohon maaf terlebih dulu sebab dah bersawang blog Wanes ni, di negara orang ni kadang2 sukar nak update blog. Masa kat Jepun ni terlalu berharga, so kena ikut cara merekalah kan.


Okey, kali ni Wanes nak cerita sikit pasal keadaan di Jepun ni. Memang agak berbeza berbanding di negara kita Malaysia. Orang-orang disini seperti waktu bekerja itu tidak cukup. Setiap pagi ketika Wanes hendak ke Rakuno Universiti untuk mengikuti kursus, akan kelihatan orang berlari-lari untuk ke tempat kerja.

Kebanyakan organisasi atau jabatan disini adalah swasta. Jabatan kerajaan amat kecil sekali. Mungkin sebab itu menyebabkan orang-orang sini lebih tekun untuk bekerja. Jika mereka malas untuk bekerja, majikan mereka boleh berhentikan pekerja mereka bila-bila masa. Apa pandangan anda jika ini berlaku di negara kita. Mungkin ada kebaikannya dan tidak kurang juga keburukannya.

Okey, cukup disini dulu untuk kali ini. Wanes selitkan sedikit gambar-gambar yang Wanes sempat ambil untuk tatapan anda.











Gambar2 ni Wanes ambil pada 2/10/2010. Masa tu masih kelihatan cantik daun2. Kini dah hampir semua daun2 dah gugur. Jumpa lagi dalam entri akan datang

1 comments:

  1. Pretty nice post. Aku hanya tersandung pada blog Anda dan ingin mengatakan bahwa saya telah benar-benar menikmati browsing posting blog Anda. Dalam hal apapun saya akan berlangganan feed Anda dan saya harap Anda menulis lagi segera!.

    ReplyDelete