Home » » Blog | Pokok Tropika Tertinggi Di Dunia

Blog | Pokok Tropika Tertinggi Di Dunia

Salam untuk semua. Tahukah anda dimana terdapatnya pokok tropika tertinggi di dunia? Kali ini Wanes akan mengupas tajuk ini untuk tatapan anda semua.

Mungkin anda sudah mengetahuinya tetapi tak apa sekali lagi kita kongsikan informasi ini. Pada bulan Januari 2011 yang lalu Wanes bersama rombongan yang boleh dikatakan group fotografi telah melawat ke Tawau Sabah. Kami dari Kota Kinabalu melalui jalan Kimanis Keningau. Sepanjang jalan ini berturap. Dari Keningau hingga ke Tawau melalui jalan Kalabakan nampaknya perjalanan hanya separuh yang berturap. Selebihnya jalan "gravel" tetapi jalannya baik juga. Kenderaan kecil seperti Viva pun boleh lalu namun kena jalan perlahan-lahan.

Pemandangan Kimanis Keningau

Untungnya jika anda bernasib baik melalui jalan ini ialah anda akan dapat melihat beberapa haiwan seperti Gajah, burung helang dan kehijauan ladang kelapa sawit dalam perjalanan. Baiklah kita terus kepada pangkal tajuk.

Pokok Tropika Tertinggi Dunia ini sebenarnya terletak di Taman Bukit Tawau Sabah. Taman ini merupakan sebahagian daripada kawasan Taman Sabah. Setiap hujung minggu ramai pelawat yang akan berkunjung ke Taman ini. Kebanyakannya untuk mengadakan rekreasi, dan melihat keindahan alam semulajadi di taman ini. Taman ini telah terkenal kerana adanya Pokok Tropika Tertinggi di dunia yang tumbuh dengan megah di sini. Berbagai jenis haiwan dan tumbuhan mungkin anda temui disini. Mari Wanes bawa anda ke sana.


Pelawat yang berkunjung


Monyet / Kera

Burung helang


Bunga


Monyet Merah


Cicak tanah






Semoga informasi ini bermanafaat untuk anda. Datanglah ke Taman Bukit Tawau untuk melihat sendiri pokok tertinggi di dunia ini.

Info Tambahan dari BERNAMA.

Taman Bukit Tawau Bukan Sekadar Destinasi Rekreasi Semulajadi
Oleh Nashir Mansor (6 Ogo 2010)

Pada 2006, saintis dari Amerika Syarikat Dr Roman Dial bersama dua rakannya memanjat sebatang pokok Seraya Kuning Siput (Shorea faquetiana) di Taman Bukit Tawau.

Tujuannya untuk mengetahui setepat yang boleh ketinggian sebenar pokok Hutan Hujan Tropika yang terletak di dalam kawasan hutan simpan berkeluasan kira-kira 28,000 hektar berkenaan.

Dengan meletakkan hujung pita pengukur di bahagian tertinggi pokok Seraya Kuning Siput itu, Dr Dial, seorang profesor Biologi dan Matematik di Alaska Pacific University, akhirnya berjaya merekodkan ketinggian pokok berkenaan iaitu 88.32 meter.

Berdasarkan perjalanannya ke pelbagai kawasan Hutan Hujan Tropika di merata tempat di dunia termasuk Amerika Latin, khususnya Lembah Amazon, beliau mendapati bahawa pokok Seraya Kuning Siput, Taman Bukit Tawau berkenaan merupakan pokok tropika yang tertinggi di dunia.

Selepas berjaya mengukur ketinggian pokok Seraya Kuning Siput berkenaan, dia dan pasukannya terus mencari beberapa spesies pokok tropika lain dan akhirnya, tujuh lagi pokok tropika dengan ketinggian melebihi 80 meter ditemui di sekitar hanya dua kilometer persegi di dalam hutan simpan berkenaan.

Hasil ekspedisi Borneo Dr Dial dan rakan-rakannya untuk merekodkan pokok Hutan Hujan Tropika tertinggi itu dirakamkan dalam majalah National Geographic, keluaran Julai 2006.


P/s sama-samalah kita menghargai khazanah alam di sekeliling kita..