Home » » Blog | Klip video lucah Anwar : Keluarga pertahan Anwar, dakwa ‘taktik politik lucah Umno-BN’

Blog | Klip video lucah Anwar : Keluarga pertahan Anwar, dakwa ‘taktik politik lucah Umno-BN’

Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil pendirian berani menonton klip seks yang kini disebarkan menerusi dunia siber dan membuat keputusan muktamad — ia “satu lagi contoh taktik politik lucah diangkat dan dijulang Umno-Barisan Nasional.”

Dalam satu kenyataan bersama dikeluarkan hari ini, isteri Anwar Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan keluarganya berkata:

“Dalam kes video terbaru ini, kami sekeluarga memutuskan untuk menonton sendiri rakaman tersebut.

“Video tersebut adalah bukti paling kukuh bagi sesiapa yang benar-benar mengenali Datuk Seri Anwar bahawa tuduhan terbaru ini satu lagi fitnah zalim dan palsu.”

Kenyataan bersama itu berkata, video seks yang disiarkan di hotel Carcosa Seri Negara dua minggu lalu disebarkan sebahagiannya di laman web-laman web tukang sorak Umno.

“Keluarga kami telah diuji dengan pelbagai dugaan sejak 1998. Pelbagai fitnah dan tuduhan telah dilemparkan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Setiap tuduhan tersebut adalah sendirinya terlalu berat, tetapi Datuk Seri Anwar terpaksa melalui satu demi satu tuduhan yang busuk, jelek dan jijik,” tambah kenyataan itu lagi.

Wan Azizah juga merupakan Presiden PKR, komponen Pakatan Rakyat yang diterajui Anwar.

Anwar kini berada di Sarawak sempena kempen pilihan raya negeri Sarawak.

Namun jika disenaraikan semua tuduhan tersebut, kenyataan keluarga Anwar itu menambah, nyata sekali tidak masuk akal bagaimana Anwar dapat melakukan kesemuanya yang bertentangan antara satu sama lain.


Malah dalam kenyataan itu mereka berkata, “siapa lagi yang lebih mengenali beliau dengan begitu intim kalau bukan kami, keluarga terdekat beliau, yang telah bersama beliau dalam susah dan senang, khusus dari saat beliau berada di arus perdana kepimpinan negara hinggalah ke hari-hari beliau mulai pulih dari serangan apabila beliau dibebaskan daripada penjara.”

Kenyataan itu juga berkata, jelas kelihatan susuk tubuh badan pelaku dalam video tersebut amat berlainan daripada susuk badan Anwar.

Hal ini diperkukuh lagi memandangkan sejak lebih setahun yang lalu, anak-anak Anwar Ibrahim sering menemani beliau setiap kali beliau pergi melakukan aktiviti senaman dan fisioterapi selaku sebahagian daripada aktiviti pemuliharaan kesihatan tulang belakang, kata kenyataan tersebut lagi.

“Oleh itu, kami sekeluarga berpendirian bahawa keluarnya video ini adalah satu lagi contoh taktik politik lucah yang diangkat dan dijulang Umno-Barisan Nasional.

“Kami menolak sekeras-kerasnya politik sebegini dan mengajak rakyat Malaysia dalam bersama menegakkan keadilan dan menolak politik kotor. Kembalikan agenda perjuangan menuntut reformasi menyeluruh dalam sistem politik, ekonomi dan sosial negara,” kata Dr Wan Azizah dan keluarganya dalam kenyataan satu halaman itu.

Dalam menghadapi dugaan ini, kenyataan itu menambah, mereka yakin isu semasa ini ada hikmah di sebaliknya.


“Pendedahan sedutan video ini dibuat pada 4 April 2011 — ulang tahun ke-12 PKR yang lahir daripada kegawatan politik negara.

“Fitnah dan tohmahan ini berpunca daripada ketamakan terhadap kuasa dan politik yang sudah hilang nilai moralnya. Kita sewajarnya berbincang secara kritis perbezaan pandangan kita, bukan dengan serangan peribadi yang kotor dan hina,” katanya.

Oleh itu keluarga Anwar berharap semua rakyat tidak terperangkap dengan permainan Umno-BN ini, sebaliknya meneruskan usaha menegakkan keadilan dan memperjuangkan kebenaran.

Klip video yang mengaitkan Anwar melanggan seorang pelacur asing kini dimuatkan dalam YouTube dan beberapa blog pro-Umno.

Klip itu yang panjangnya 107 saat menunjukkan dua lelaki dan seorang wanita berada di sebuah bilik sebelum aksi seks dengan pelacur berkenaan, didakwa dari China.

Rakaman asal yang dipertontonkan kepada media di hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu dilaporkan panjangnya 21 minit.

Klip video hitam putih itu turut membawa jalur warna putih di bahagian bawah dengan tulisan Thai, yang tidak terdapat pada rakaman yang didedahkan kepada media sebelum ini.


KUALA LUMPUR, 5 April — Oleh G Manimaran

Berita penuh sila klik

0 comments:

Post a Comment