Home » » Sebuah Waja Dipercayai Kereta Curi

Sebuah Waja Dipercayai Kereta Curi

Sebuah kereta jenis Waja telah dijumpai di Ranau Sabah. Kereta ini dipercayai kereta curi kerana nombor pendaftarannya dengan nombor yang tertera dalam cukai jalan (Road Tax) adalah tidak sama.

Pihak Polis daerah Ranau telah menarik kereta ini ke balai Polis Ranau. Bagaimanapun pembawa atau pemandu kereta ini tidak dapat dikesan. Orang kampung sekitar kampung Poring menyedari kereta ini tersadai dari pagi kelmarin di sekitar kampung.

Orang kampung menghubungi pihak Polis dan kereta ini telah ditarik ke Balai Polis Ranau pada jam 11.00 malam semalam. Keadaan kereta ini adalah remuk sebelah kiri bahagian depan kemungkinan terlanggar sesuatu.

Jenis: Waja
No. Pendaftaran yang dilekatkan: SAA8638L
No.Pendaftaran dalam cukai jalan: SAA2780B
Warna; Gelap







Kepada sesiapa yang ada kaitan dengan kenderaan ini sila berhubung dengan Balai Polis Daerah Ranau.

0 comments:

Post a Comment