Home » » Trip To Buayan

Trip To Buayan

DSC_0006_thumb

Buayan adalah sebuah kampung yang berada jauh dari Pekan Penampang. Untuk melawat kampung Buayan, kita kena berjalan melalui jalan tidak berturap dan hanya kenderaan pacuan 4 roda yang boleh melaluinya. Di hujung jalan kita akan meninggalkan kenderaan di Pagalungan dan akan berjalan kaki pula sejauh lebih kurang 4 Kilometer. Memakan masa lebih kurang 1 jam setengan hingga 2 jam untuk sampai ke Buayan. Laluan pertama kita akan menyeberangi sebuah sungai menggunakan rakit Bambu. Ianya menyeronokkan.

DSC_0136

Sebelum sampai ke Buayan, kita akan melalui kampung Tiku. Kita akan melihat beberapa buah rumah dan balai raya disini.

DSC_0102_thumb

DSC_0107_thumb

DSC_0109_thumb

DSC_0108_thumb

Sepanjang perjalanan kita akan melalui jalan kecil. Perjalanan ini akan membuat kita sentiasa berhati-hati kerana ada tempat-tempat yang licin. Kita juga akan melalui beberapa anak sungai.

DSC_0117_thumb

DSC_0121_thumb

Kita juga akan melalui beberapa jambatan panjang sebelum sampai ke kampung Buayan.

DSC_0094_thumb

Di atas jampatan kita dapat melihat jernihnya sungai yang menjadi sumber air kampung Buayan.

DSC_0066_thumb[4]

Kita juga dapat melihat kehijauan padi sawah dan ladang getah semasa dalam perjalanan

DSC_0088_thumb

DSC_0061_thumb

DSC_0122_thumb[4]

Setelah penat berjalan, akhirnya kita akan menjumpai sebuah pondok rehat yang diberi nama Pondok Tiku.

DSC_0074_thumb

Akhirnya sampailah kita di kampung Buayan dan inilah pemandangan SK.Buayan ketika matahari terbenam.

DSC_0006_thumb

DSC_0020_thumb

Beberapa agensi yang memainkan peranan dalam pembangunan orang Buayan seperti Mosti, Pacos, GDF dan beberapa agensi lain.

DSC_0441_thumb[6]

Rumah di bawah ini disewa oleh Global Diversity Foundation (GDF)

DSC_0418_thumb

Walaupun kampung Buayan jauh dari pekan Penampang tetapi penduduk disini tidak ketinggalan dalam perkembangan semasa dan teknologi kerana disini juga terdapat kemudahan internet.

DSC_0439_thumb[10]

DSC_0022_thumb

Dari segi bersukan, terdapat padang bola dan sepak takraw yang boleh digunakan oleh pelawat dan orang Buayan untuk mengadakan aktiviti bersama.

DSC_0428_thumb

DSC_0435_thumb

Orang Buayan sangat ramah dan sentiasa memberi bantuan kepada pelawat yang datang ke kampung mereka. Pelawat dari dalam dan luar negara sering datang ke kampung Buayan untuk menikmati keindahan hutan melalui Trail Garam dan biasanya mereka akan bermalam di kampung Buayan sebelum meneruskan perjalanan.

DSC_0421_thumb

Terima kasih kepada orang-orang Buayan yang telah memberi bantuan dan kerjasama selama Trip ke Buayan ini. Jumpa Lagi.

1 comments:

  1. Hi, blog yang best! Macam mna arrangement ke Kg Buayan ni?

    ReplyDelete