Friday

Blog | Kaspersky 2011 mikaielle.com Boleh Percaya ?

Friday
6 comments
Salam untuk rakan2 blogger semua. Salam 1 Malaysia. Semoga semuanya berada dalam era baru yang fresh, sihat dan gembira selalu. Entri kali ni Wanes nak terangkan Kaspersky 2011 olah mikaille.com.



Sebelumnya dulu tuan punya bisnes guna kasperskyhijau.blogspot.com tetapi sekarang dah upgrade web ke mikaielle.com. Wanes kali pertama beli semasa blog lama tuan punya bisnes dan kali kedua adalah hari ini melalui web barunya. Memang sah boleh percaya.


Okey Wanes tak perlu nak terangkan tentang apa itu Kaspersky kerana korang lebih tau ianya ANTIVIRUS. Dua kategori iaitu Kaspersky Antivirus dan Kaspersky Internet Security (KIS). Bagi korang yang sering blogging dan access internet Wanes sarankan beli yang KIS. Dia protect kita semasa memasuki mana2 website yang tidak selamat dari virus.


Untuk lebih jelas sila klik imej di atas

Macaman nak beli? Sebelum ni Wanes dah cari kat kedai2 di luar sana dan harganya boleh tahan juga. Harganya dari Rm 95 ke atas. Ni kalau di Kota Kinabalu Sabah. Oleh sebab ada rakan2 blogger yang sering sharing pendapat maka Wanes dapatlah terjah blog kasperskyhijau.blogspot.com. Beli dalam internet ni kwna was2 juga kan jadi sebab rakan Wanes Eryati dah beli dan kompom dapat maka Wanespun buat tanpa ragu2. Memang benar urusniaga dengan pemilik blog ni sangat pantas. Pertama kena transper duit dulu lah ke akaun tuan punya blog, lepas transper email atau sms kepada tuannya dan beri alamat email korang. Lepas tuannya sahkan pembayaran korang, terus saja activation key akan di emailkan ke email korang. Telus dan cepat.

Okey lah disini adalah promosi tuan punya bisnes untuk rujukan awal korang.

P/s urusniaga dalam web mikaielle.com telus dan cepat..

read more

Sunday

Blog | Jambatan Di Atas Pokok ?

Sunday
2 comments
Hello rakan-rakan, kali ini cerita sikit pasal jambatan di atas pokok. Uik! tak caya ? betul ni, biasanya kita selalu nampak jambatan laluan kereta dan laluan pejalan kaki di atas tanah tetapi jarang sekali di atas pokok kayu kan?

Pelawat Dari Jepun

Mengikut maklumat Sabah Parks, di Taman Air Panas Poring terdapat 3 rentangan jambatan di atas pokok. 1 daripadanya hanyalah untuk kegunaan penyelidik-penyelidik luar dan dalam negara yang membuat penyelidikan di taman itu. 2 lagi adalah di buka untuk kegunaan orang awam. Ia di buka secara bergilir-gilir.

Kadar bayaran untuk dewasa luar negara (RM 5.00), kanak-kanak luar negara (RM 2.50). Dewasa tempatan (RM 3.00) dan kanak-kanak tempatan (RM 1.50) Bayaran untuk penggunaan kamera ialah (RM 5.00) sebuah dan video kamera (RM 30.00) sebuah.

Masa melawat adalah dari jam 8.00 pagi hingga jam 4.00 petang (trip terakhir naik). Luar daripada masa tersebut akan dikenakan bayaran "special request" iaitu 1-3 orang (RM60.00) dan 4 orang ke atas akan dikenakan bayaran (RM 20.00) seorang.

Apabila kita berada di atas jambatan ini, kita seolah-olah seperti burung-burung dan haiwan lain yang sedang berada di atas pokok kayu, kita dapat melihat kehijauan daun-daun pokok secara dekat. Jika kita bernasib baik, kita juga dapat melihat dan mendengar siulan burung, tupai dan haiwan lain yang terdapat di sekitar jambatan ini.

Jambatan atas pokok awam pertama sepanjang 173.5 meter dan ketinggian 41.3 meter manakala jambatan kedua sepanjang 105.8 meter dan ketinggian 30.7 meter. Ini saja yang dapat saya kongsikan bersama rakan-rakan pada entri ini. Untuk maklumat yang lebih terperinci boleh di rujuk melalui laman web rasmi Sabah Park

Orang kata "tak kenal, maka tak cinta". Makanya marilah beramai-ramai datang berkunjung !!

read more

Friday

Blog | RM 49 Air Asia KK-KL

Friday
0 comments
Salam untuk semua rakan2. Semoga kita semua sentiasa sihat dan segar fizikal dan mental di awal tahun ini. Terus kepada tajuk entri, Air Asia menawarkan harga serendah RM 49 KK-KL.

Harga serendah RM 49 adalah untuk anda yang ingin melawat Kuala Lumpur - Kota Kinabalu atau sebaliknya dalam bulan April tahun ini. Wanes nak war-warkan tawaran Air Asia ini kerana mana lah tau kan, ada rakan2 yang tak sempat tengok kat web rasmi Air Asia. Jadi jika anda bercadang melawat dalam bulan April, cepat2 lah terjah web rasmi Air Asia. Okey selamat menempah..

P/s Wanes dah tempah untuk melawat KL dalam bulan April...

read more

Blog | Kereta Jepun Yang Serupa Dengan Kereta Malaysia

3 comments
Salam untuk semua, selamat tahun baru. Entri kali ni berkaitan dengan kereta yang terdapat di Jepun dan hampir sama dengan kereta Malaysia.

Mungkin masih banyak kereta yang serupa dengan kereta kita di Malaysia terdapat di Jepun yang Wanes tidak sempat ambil gambarnya. Kereta yang hampir serupa dengan Perodua Kenari, Viva, Kembara dan Myvi.

Serupa dengan Kembara


Serupa dengan Kenari



Serupa dengan Kancil


Serupa dengan Myvi

Serupa dengan Viva

Orang-orang Jepun lebih suka memakai kereta yang kecil-kecil. Kebanyakan jenama kereta di Jepun dari jenis Honda, Toyota, Mitsubishi, Suzuki, Nisan dan beberapa yang lain.


Beberapa bentuk kereta Jepun
Okey, cukup disini dulu untuk kali ini sebagai pembuka sesawang dalam blog Wanes yang dah lama Wanes tak sempat update selama di Jepun sejak bulan September tahun lalu. Jumpa lagi dlm entri akan datang...





read more
 

STATISTIK

Pengikut

Info Popular