Home » » Sultan Jamalul Kiram III Sebagai Dalang Penceroboh

Sultan Jamalul Kiram III Sebagai Dalang Penceroboh

Sekarang Sultan Jamalul Kiram III boleh dianggap sebagai dalang atau watak utama di dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu

Memetik laporan daripada akhbar dalam talian Filipina The Star Filipina pada Rabu melaporkan mengenai kedegilan Sultan Jamalul Kiram  III yang masih belum memerintahkan pengikut-pengikutnya meninggalkan Sabah seperti mana yang dikehendaki

Malah laporan turut menyebut beliau ”bersedia menghadapi akibatnya” jika apa yang dilakukan ini secara terang-terangan melanggar undang-undang

sidang media sultan sulu lahad datu krisis lahad datu 27.2.2013 sultan jamalul kiram iii degil orangnya

Sitti Krishna Idjirami (kiri), adik kepada Sultan Sulu Jamalul Kiram III (tengah) dan Putera Mahkota Bantillan Kiram (kanan) bercakap pada sidang media di Manila

Semalam,Presiden Aquino pada kenyataan media Filipina telah memberi amaran kepada Sultan Sulu bahawa beliau akan berdepan tindakan undang-undang sekiranya tidak menamatkan pencerobohan pengikutnya di Sabah

Berkata di sidang media,Sultan Jamalul Kiram III itu masih dengan pendirian dan objektif tuntutannya yang berpaksikan sejarah lampau yang mendakwa mereka masih ada hak keatas Sabah
“Apa lagi yang kita perlu untuk membuktikan? Dengan semua fakta-fakta sejarah, Kesultanan Sulu tidak melanggar undang-undang dalam membenarkan orang-orang kita untuk datang ke tanah air kita -dipetik sebagai berkata
Mengenainya,Kumpulan itu yang diketuai oleh Raja Muda Azzimudie Kiram, yang mendakwa merupakan saudara kepada Sultan Sulu, Jamalul Kiram III, masih ingkar dan menolak permintaan terbaru oleh Presiden Filipina, Benigno Aquino dan wakil Malaysia

Meskipun tiga tarikh akhir diberikan kepada mereka telah dilanjutkan, di mana yang terakhir berakhir pada Selasa

Credit to: infoharian.com

0 comments:

Post a Comment