Berita Terkini Pencerobohan Lahad Datu, Sabah. Seorang Penceroboh ditembak mati.

KAWAL...
Kelihatan anggota polis dan tentera berkawal di jalan Kampung Tanjung
Labian di sini, Rabu.
Kampung Tanjung Labian dan Tanjung Batu kini
turut menjadi zon merah dan semua penduduk kampung itu telah dipindah
keluar bagi mengelak sebarang ancaman penceroboh bersenjata dari Selatan
Filipina yang dikhuatiri telah menyusup masuk ke kampung itu.
-foto BERNAMA
LAHAD DATU: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar
mengesahkan seorang pengganas Sulu ditembak mati dalam operasi
menggeledah di Kampung Tanduo kira-kira pukul 6.45 pagi Rabu (6/3/2013).
Ismail turut menasihatkan agar orang awam berhati-hati kerana beliau
tidak menolak kemungkinan kumpulan pengganas kini menyamar sebagai
penduduk kampung.
Bagaimanapun Ismail enggan mendedahkan butiran lanjut Ops Daulat termasuk jumlah mayat pengganas yang ditembak mati.
Sementara itu menerusi kenyataan media yang dimuatkan di laman
Facebook PDRM, pasukan keselamatan itu menyatakan kemungkinan operasi
pembersihan dan penggeledahan terpaksa diperluaskan daripada sasaran
asal kerana terdapat tanda-tanda kumpulan pengganas bergerak ke satu
lokasi lain.
"Pasukan keselamatan sedang mengesan pergerakan mereka dan akan mengambil tindakan untuk respon kepada situasi.
"Orang ramai sekali lagi diminta supaya tidak cemas kerana pasukan
keselamatan masih mengawal keadaan dan orang ramai serta pengamal media
diingatkan supaya tidak menghampiri atau mendekati kawasan operasi,"
kata kenyataan itu.
Credit to: mstar.com
0 comments:
Post a Comment