Tentera menggempur penceroboh bermula jam 7.00 pagi ini (5/3/2013). Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam satu kenyataan. ATM telah menyerang
penceroboh Sulu di Kampung Tanduo.

7.00 Pagi: Letupan mula kedengaran di sekitar persembunyian penceroboh. Jet Pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia menyusul.
.
Update 9.35 Pagi:
Kelihatan penduduk Kampung Sungai Merah menaiki lori meninggalkan kediaman mereka.

Update 10.01 pagi
: Stesen radio Filipina dzBB melaporkan bahawa Abraham Idjarani,
jurucakap kesultanan Sulu, berkata Azzimudie Kiram, adik sultan yang
mengetuai pencerobohan itu, mengesahkan jet pejuang telah menggugurkan
sekurang-kurangnya dua butir bom. Bagaimanapun, Idjirani mendakwa bom
mengenai kedudukan penduduk Malaysia dan bukan kumpulan Azzimudie.
Update 10.22 Pagi:
Pasukan keselamatan telah melancarkan serangan habis-habisan ke atas
penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo menerusi udara dan darat, kata
sumber tentera. Katanya, ia dimulakan dengan serangan udara menggunakan
pesawat F-18D, Honet dan Hawk selain mortar, kenderaan berperisai APC
dan mopping.
Update 10.34 pagi:
Sumber keselamatan memberitahu, laporan sehingga kini mengesahkan tiada
sebarang kecederaan di kalangan anggota pasukan keselamatan yang
menjalankan serangan ke atas penceroboh di Lahad Datu

Update 10.46 Pagi:
Serangan udara dihentikan sebentar tadi dan kini disusuli operasi darat
pasukan keselamatan di lokasi persembunyian penceroboh besenjata di
Kampung Tanduo. Sementara itu, satu sidang media mengenai operasi
serangan ke atas kumpulan penceroboh dari Selatan Filipina itu dijadual
diadakan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, di Hotel Residen
Felda Sahabat, jam 11 pagi ini.
Update 11.24 Pagi:
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata operasi masih berjalan
dan pihak keselamatan yang terdiri daripada anggota PDRM dan tentera
mendapat tentangan dalam bentuk beberapa das tembakan yang dilepaskan
oleh pihak musuh. Katanya, ketika ini pasukan keselamatan sedang
menjalankan pengeledahan terhadap beberapa buah rumah di kampung
tersebut. Ketika sidang akhbar itu diadakan, beliau berkata, setakat ini
tidak ada kehilangan nyawa di pihak keselamatan di pihak PDRM dan
tentera.
Update 11.43
: Anggota keselamatan berkawal dekat ladang kelapa sawit Embara Budi
bagi menyekat sebarang penyusupan pihak penceroboh di kawasan ini.

Update 12 Tengah Hari: Sementara di Bandar Cenderawasih, kawalan oleh tentera turut dilakukan


Update 12.21 Petang: Penceroboh Masih Melepaskan Tembakan
Ketua
polis negara Tan Sri Ismail Omar berkata operasi bersama antara polis
dan tentera masih menerima tentangan musuh yang melepaskan tembakan ke
arah pasukan keselamatan negara. Pasukan Malaysia kini menjalankan
operasi ‘mopping up’. Tiada korban di pihak kita direkodkan setakat ini
namun di pihak musuh masih belum diketahui. Ismail meminta semua pihak
agar tidak membuat spekulasi mengenai jumlah kemalangan kerana akan
menjejaskan Ops Sulu ini.
Update 12.33 Petang: Operasi pembersihan sedang giat dilakukan. Orang luar dan media tidak dibenarkan menghampiri kawasan pertempuran.
Update 2.10 Petang:
Filipina meminta pihak berkuasa Malaysia untuk membantu menyediakan
perjalanan keluar yang selamat dari Sabah untuk wanita Filipina dan
mereka yang bukan penceroboh bersenjata. Setiausaha Luar Filipina,
Albert del Rosario telah meminta rakan sejawatannya dari Malaysia untuk
berbuat demikian supaya mereka dibenarkan meninggalkan kawasan
pertempuan di sana.
Del Rosario juga
meminta Jabatan Hal Ehwal Luar di Manila untuk menyampaikan nota kepada
duta Malaysia ke Filipina untuk berhubung rayuan tersebut. Menteri Luar
Malaysia, Datuk Anifah Aman berkata beliau akan menyampaikan permintaan
itu kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zamid Hamidi.
Update 3.00 Petang:
Dimaklumkan operasi kini berjalan seperti dirancang. Operasi memberkas
penceroboh dan pemeriksaan dari rumah ke rumah sedang dilakukan.
Update 4.42 Petang:
Ketua Polis negara mengesahkan sehingga kini pasukan keselamatan masih
tidak menemui mayat ketua penceroboh, Raja Muda Azzumudie dan pimpinan
lain dalam serangan udara yang dilancarkan ATM di Kg Tanduo pagi ini.
Kira-kira
20 mayat pengganas Sulu setakat ini sudah ditemukan beberapa jam
selepas serangan dilakukan oleh pasukan keselamatan ke atas kumpulan
penceroboh itu di Kampung Tanduo.
Update 5.45 Petang: Polis masih menjalankan operasi susulan dan penggeledahan di Kampung Tanduo, Lahad Datu kerana percaya masih ada musuh di kawasan seluas empat kilometer persegi itu.
Update 9.45 Malam: Setakat jam pukul 7.00 petang, jumlah anggota kumpulan penceroboh bersenjata yang mati, cedera atau ditangkap belum disahkan oleh pihak polis Malaysia.
Update 5.45 Petang: Polis masih menjalankan operasi susulan dan penggeledahan di Kampung Tanduo, Lahad Datu kerana percaya masih ada musuh di kawasan seluas empat kilometer persegi itu.
Update 9.45 Malam: Setakat jam pukul 7.00 petang, jumlah anggota kumpulan penceroboh bersenjata yang mati, cedera atau ditangkap belum disahkan oleh pihak polis Malaysia.
Credit to: melvister.com
0 comments:
Post a Comment