Home » , » Bunga Rafflesia Kedua Mekar di Pusat Pemuliharaan & Penyelidikan Rafflesia Poring

Bunga Rafflesia Kedua Mekar di Pusat Pemuliharaan & Penyelidikan Rafflesia Poring

Rafflesia Keithii
Bunga Rafflesia yang kedua kini sedang mekar dengan indahnya di Pusat Pemuliharaan dan Penyelidikan Rafflesia Poring. Lokasi Rafflesia keithii yang sedang mekar ini bersebelahan dengan Kebun Etnobotani selepas simpang ke Titian Kanopi dan trail menuju ke Air Terjun Kipungit. Perjalanan dalam 3-5 minit dari kolam mandi Air Panas Poring.

Hari ini (24 Sept 2013) adalah hari pertama bunga Rafflesia ini mekar. Kepada anda yang berhasrat melawat ke Taman Air Panas, jangan lepaskan peluang untuk melihat Rafflesia ini kerana pihak Taman-Taman Sabah menawarkan harga yang sangat berpatutan iaitu RM10.00 seorang. Saiz Rafflesia keithii yang sedang mekar juga besar iaitu 82 cm.




Rafflesia Keithii 82 cm

Salam 1 Taman-Taman Sabah, salam 1 Malaysia. Selamat datang ke Pusat Pemuliharaan & Penyelidikan Rafflesia

6 comments: