Home » , , » Rafflesia Mekar di Taman Air Panas Poring

Rafflesia Mekar di Taman Air Panas Poring

Rafflesia keithii
Rafflesia adalah sejenis tumbuhan yang unik sebagai tumbuhan parasit dan merupakan bunga yang terbesar di dunia. Bunga Rafflesia keithii sedang mekar di Taman Air Panas Poring pada ketika ini (20 Sept 2013). Bunga Rafflesia ini terletak di kawasan Kebun Tropika  berhampiran dengan bangunan Penyelidikan dan Pendidikan Poring.

Kepada anda yang ingin melihat kecantikan bunga Rafflesia keithii dengan lebih dekat boleh mengunjungi bunga Rafflesia ini dengan harga yang sangat berpatutan dikenakan oleh pihak Taman-Taman Sabah.

Salam 1 Taman-Taman Sabah, salam 1 Malaysia. Selamat berkunjung dan jumpa anda di sana.


7 comments: