Home » , » Seorang Lelaki Hilang di Kampung Poring

Seorang Lelaki Hilang di Kampung Poring

Salam 1 Malaysia. Kes kehilangan seorang lelaki di Kampung Poring.

Seorang lelaki 20 an telah hilang pada petang 24.6.14 di Kampung Poring. Lelaki tersebut berasal dari Kota Belud dan dikenali sebagai Alex. Baliau merupakan pekerja di Restoran Nong Ling yg berada di luar Taman Air Panas Poring. 

Lelaki Yang Menghilangkan Diri


Menurut pemilik restoran tersebut, pada petang 24.6.14 lelaki ini berkata yang dia mahu cari labi-labi. Berhampiran dengan restoran itu terdapat kalbut besar dengan air anak sungai yang tidak deras. Setelah mereka sedari lelaki tersebut tidak kembali, pekerja yang lain pergi mencari tetapi tidak dapat mengesan.

Lubang Parit Yang Dimasuki Lelaki Tersebut


Pagi 25.6.14 mereka menunggu lelaki tersebut kembali tetapi tidak muncul lalu pemilik Restoran Nong Ling menghubungi pihak Polis dan Bomba Ranau. Pihak Polis, Bomba, staff Taman Air Panas Poring dan beberapa orang kampung cuba mencari dalam kalbut yang dipercayai lelaki itu masuk. Setelah pihak Bomba dan staff Taman mengorek lubang pada parit jalanraya yang bertutup, maka terjumpalah seluar panjang, sarung handphone, bateri handphone, simkad dan rokok pada seluar tersebut. Baju pula dijumpai dalam jarak lebih kurang 10 meter dari seluar ditemui tetapi masih dalam laluan yang sama berada dalam kalbut besar. Setelah pihak Bomba dan Polis dengan dibantu staff Taman tidak menemui lelaki tersebut dalam kalbut dan parit jalan raya bertutup, pihak Bomba dan Polis menghentikan operasi pada jam 4.00 petang 25.6.14. Polis klasifikasikan kejadian sebagai kehilangan dan memohon supaya pemilik Restoran Nong Ling menghubungi pihak mereka jika ada sebarang maklumat.

Parit Jalan Raya Yang Dikorek

Baju dan Seluar Yang Ditemui

Restoran Lelaki Yang Menghilang Bekerja

Staff Taman dan beberapa orang kampung meneruskan pencarian dan pada petang semalam sebuah handphone ditemui dalam lubang parit bertutup dan juga seutas rantai. Handphone tersebut sudah rosak. Beberapa pemuda Kampung Poring bersama staff Nong Ling berjaga semalam.

Sehingga pagi ini 26.6.14 lelaki tersebut belum ditemui tetapi staff Nong Ling berkata ada kemungkinan lelaki itu ada berjalan-jalan disekitar Restoran Nong Ling kerana sebuah lagi hanphone mereka temui dibawah restoran itu awal pagi tadi. Sebelum lelaki itu menghilang dia membawa dua buah handphone iaitu sebuah handphone tersebut kepunyaan sepupunya yang turut bekerja di Restoran bersebelahan dengan Nong Ling.

Handphone Yang Ditemui


Update: 26.6.14

Pihak Bomba Ranau meneruskan pencarian sejak pagi tadi namun setakat jam 2.00 petang tadi belum berjaya menemui lelaki yang hilang. Pihak Bomba Ranau telah melaksanakan operasi mencari di sekitar Restoran Nong Ling. Mereka juga mencari di pondok-pondok kecil orang kampung yang berada sekitar 3 KM dari tempat kejadian.



Petang tadi pihak Bomba Ranau menghentikan operasi mencari lelaki yang hilang dan setakat jam 7.00 petang lelaki tersebut belum dijumpai.

Malam ini beberapa orang pemuda Kampung Poring akan berjaga secara tersembunyi disekitar kawasan Restoran Nong Ling untuk memerhati keadaan semasa kejadian ini. Diharapkan agar lelaki yang telah menghilangkan diri akan kembali pada malam ini. Marilah kita sama-sama berdoa untuk perkara ini tanpa mengira bangsa dan agama.

Menurut pemerhatian pemuda-pemuda yang berjaga, pada jam 11.30 malam belum ada tanda-tanda bahawa lelaki yang menghilangkan diri kembali.

Update:27.6.14

Pihak Bomba Ranau meneruskan usaha mencari apabila lelaki yang menghilangkan diri tidak kembali. Sejak pagi hingga jam 2.00 petang usaha mengesan belum berjaya. Usaha mencari diteruskan pada petang ini bersama Bomba, Rela Kampung Poring, Staff Taman dan orang kampung.

Antara Yang Terlibat Mencari

Photo by Jonis R

Operasi mencari dihentikan petang tadi. Lelaki yang menghilangkan diri belum ditemui sehingga jam 8.00 petang ini. Pada jam 12.00 malam lelaki tersebut belum kembali atau ditemui.

Update: 28.6.14

Pihak Bomba Ranau bersama beberapa kakitangan Taman dan orang kampung meneruskan pencarian pada pagi ini hingga tengah hari. Pada jam 2.00 petang pencarian disambung semula dan operasi mencari dihentikan pada jam 5.00 petang tadi. Lelaki yang menghilangkan diri masih gagal ditemui. Pihak keluarga lelaki terbabit tiba di tempat kejadian tengah hari tadi dengan perasaan sedih diatas kejadian yang berlaku. Kita masih mengharapkan agar  lelaki tersebut dapat ditemui.

Operasi Mencari

Antara Yang Terlibat Mencari
Update: 29.6.14

Pihak Bomba Ranau, staff Taman dan orang kampung melaksanakan pencarian sejak pagi tadi. Sehingga jam 11.30 pagi lelaki yang menghilangkan diri belum ditemui.

Sehingga jam 8.30 malam ini lelaki berkenaan masih gagal ditemui.

Update: 30.6.14

Salam 1 Malaysia. Lelaki yang dikenali sebagai Alex, berasal dari Kampung Losou, Kota Belud dan menghilangkan diri sejak petang 24.6.14 telah kembali lebih kurang jam 3.00 pagi tadi. Syukur kepada Tuhan dan terima kasih atas usaha dan komitment semua pihak yang telah terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung. Pihak Bomba Ranau, staff Taman, Rela kampung Poring dan orang kampung poring. Sesiapa juga yang telah memberi sokongan doa kami ucapkan tarima kasih ucapan ibu kepada Alex.

Pihak Pegawai Bomba Ranau, Pegawai Taman Air Panas Poring, Ketua Platun Rela Kampung Poring, Ketua Kampung dan Pengerusi Kampung Poring telah bertemu dengan ibu lelaki terbabit dan pemilik Nong Ling Restoran bagi mengesahkan maklumat bahawa lelaki yang bernama Alex telah kembali.

Ketua Kampung Poring, Peg.Bomba Ranau, Peg. Taman dan KPR RELA bertemu dengan pemilik Nong Ling Restoran pagi tadi

5 comments:

  1. Di pi mana la tu ah...

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Di mana dia pigi betapuk ...gantung tu cerita ...

    ReplyDelete
  4. kami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada ALLAH S,W,T
    dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
    berikan 4 angka 9033 alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
    dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
    ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
    allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
    kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
    sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
    yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI SOLEH,,di no (((082-313-336-747)))
    insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 275
    juta, wassalam.


    dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....







    Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!


    1"Dikejar-kejar hutang

    2"Selaluh kalah dalam bermain togel

    3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel


    4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat


    5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
    tapi tidak ada satupun yang berhasil..







    Solusi yang tepat jangan anda putus asah....AKI SOLEH akan membantu
    anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB:
    butuh angka togel 2D 3D 4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
    100% jebol
    Apabila ada waktu
    silahkan Hub: AKI SOLEH DI NO: (((082-313-336-747)))




    angka GHOIB: singapur 2D/3D/4D/



    angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/



    angka GHOIB; malaysia



    angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/



    angka GHOIB; laos

    ReplyDelete